Siapa dia ini.

SIAPA DIA TERESA KOK?

Ikuti pendedahan ini agar kita semua kenal siapa minah ini. Dalam kata-kata yang lembut dan manis rupanya penuh dengan racun merbahaya.

YB Teresa Kok dari parti DAP dalam keterangannya hari ini di Mahkamah Jalan Duta menyatakan bahawa beliau tidak setuju Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan. Jawapan Teresa Kok ini terpancul setelah diajukan soalan daripada pihak peguam Dato Zaini Utusan dalam kes saman Teresa Kok ke atas Dato Zaini ekoran artikel cuit cuit Dato Zaini pada tahun 2010.

Saya sempat hadir dalam perbicaraan pagi tadi dan sepanjang saya berada di dalam kamar Mahkamah saya sendiri mendengar soalan dan juga jawapan apabila Teresa Kok disoal oleh peguam Dato Zaini. Memang saya sudah menjangka DAP akan terus kekal menolak Islam sebagai agama Rasmi Malaysia walaupun Teresa Kok tahu didalam Perlembagaan jelas menyatakan bahawa Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan Malaysia.

Ada beberapa pekara lagi yang menarik sepanjang perbicaraan yang saya ikuti pagi tadi dan antaranya berhubung Wang umat Islam Selangor yang mana apabila peguam Dato Zaini bertanyakan kepada Teresa Kok mengenai kemana disalurkan wang umat Islam Selangor beliau menjawap bahawa ada peruntukan wang yang disalurkan bukan sahaja kepada umat Islam Selangor. Malah Teresa Kok juga turut mengakui penyaluran wang umat Islam Selangor kepada agama lain mendapat banyak bantahan daripada umat Islam Selangor.

Teresa Kok juga mengakui bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mendesak agar kuota 10% UITM diberikan kepada bukan Bumiputera. Usul tersebut menurut Teresa Kok dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor Dato Sri Khalid Ibrahim yang telah mendapat bantahan bukan sahaja dari Bumiputera Selangor malah oleh para pelajar UITM sendiri.

Isu ladang Babi turut menjadi perhatian saya apabila Teresa Kok menyatakan bahawa bukan kerajaan Pakatan Rakyat yang meluluskan projek tersebut sebaliknya Teresa Kok menyatakan kerajaan Barisan Nasional terdahulu yang meluluskan projek tersebut. Kenyataan Teresa Kok tersebut disanggah oleh peguam Dato Zaini dengan menyatakan bahawa bekas Menteri Besar Selangor sewaktu dibawah pentadbiran Barisan Nasional Dato Sri Khir Toyo menafikan bahawa beliau meluluskan ladang ternakan Babi yang mahu dibina di Sepang.

Dalam isu ladang ternakan Babi ini akhirnya Teresa Kok DAP mengakui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ada membincangkan projek Ladang Ternakan Babi bernilai RM100 Juta selepas mereka menang Selangor Mac 2008.

Saya dan Dato Zaini Cuit Cuit Utusan Malaysia

Walaupun sekitar sejam saya berada didalam kamar Mahkamah tetapi saya dapat lihat sendiri betapa Racist Teresa Kok parti DAP ini bila berhubungkait dengan Melayu dan Islam. Sepanjang pagi tadi juga saya dapat lihat betapa gugupnya Teresa Kok dalam menjawap soalan peguam Dato Zaini. Namun demikian saya memuji sikap Teresa Kok yang pada saya jujur dalam memberikan keterangan bahawa beliau jelas anti kepada Bumiputera dan juga menolak Islam. Jadi sudah kita tahu kebenarannya akan apa yang DAP perjuangkan cuma menunggu masa bila agaknya orang Melayu Islam akan sedar agenda DAP yang cukup halus dalam pekara ini.

Ini satu pekara yang seharusnya mendatangkan kesedaran kepada Bumiputera dan juga umat Islam. Perbicaraan kes Teresa Kok menyaman Dato Zaini Utusan telah membuka lebih banyak pekung DAP yang mempamerkan watak dan sikap Racist sebenar mereka ini. Orang Melayu khususnya perlu sedar agenda DAP ini dan inilah yang sering saya tekankan agar orang Islam Melayu wajib menolak parti Couvenis DAP.

Kenyataan Teresa Kok yang menolak Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan seharusnya dijawap oleh sekutu DAP didalam Pakatan Rakyat. PAS harus tampil dalam isu ini agar kita semua tahu pendirian PAS berhubung kenyataan Teresa Kok. Jika sebelum ini Karpal Singh menolak Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan kemudiannya dijawap oleh PAS sebagai kenyataan peribadi Karpal dan bukannya DAP bagaimana pula dengan kenyataan Teresa Kok? Apakah sekali lagi PAS akan menyatakan ianya juga adalah pendirian peribadi dan bukanya pendirian parti sekutu mereka DAP?

Bersatulah wahai orang Islam dan Bumiputera, wajib kita menolak Cina Couvenis DAP ini

Riak.

Inilah 7 Perbuatan Riak Yang Sentiasa Kita Buat Tanpa Kita Sedari. Nombor 3 Tu Yang Kerap Kita Lakukan
By adminPosted on November 13, 2018
Manusia kadang-kadang terlepas pandang perkara penting ini, ataupun memang sudah tahu, tetapi sengaja hendak menunjuk-nunjuk. Apa perkara itu? Riak!

Ramai yang berlumba-lumba hendak memberitahu apa kelebihan diri pada umum, tanpa mengetahui bahawa ianya adalah salah satu perkara yang ALLAH S.W.T larang dan ianya adalah berdosa!

Sebenarnya ada yang sudah mengetahui bahawa riak itu berdosa, tetapi masih juga menunjuk-nunjuk kerana rasa diri lebih baik dari orang lain. Mengapa begitu? Tidak percaya akan azab ALLAH S.W.T?

Lagi-lagi sekarang zaman serba serbi canggih, ada aplikasi Facebook. Setiap hari update status tentang kelebihan diri, berbangga-bangga diri sehingga mendatangkan perasaan menyampah orang sekeliling.

Perasaan riak ni kadang-kadang orang buat tanpa sengaja, fikir ianya perkara biasa saja tetapi rupanya berdosa! Hati-hati apabila update sesuatu di laman sosial ya!

Antara riak yang orang tak sedar selalu buat ialah :

1.Puji anak berlebihan

Boleh dikatakan setiap hati update pasal anak, anak cantik la, anak bijak la dekat facebook, instagram, sampaikan orang naik menyampah. Sepatutnya anda peka dengan rakan-rakan anda yang mungkin belum berpeluang merasa ada anak, pasti mereka rasa sedih.

2.Check in hospital mahal

Snap gambar dalam hospital, suruh ralan-rakan doakan anak supaya cepat sembuh. Tetapi caption hastag nama hospital-hospital terkenal, hospital yang mahal-mahal. Sebenarnya dalam hati nak bagitahu yang dia mampu pergi hospital mahal. Bukan nak suruh doakan anak tu sangat.

3.Bersyukur tak habis-habis

Tak habis-habis update pasal duit yang banyak. Bersyukur katanya. Selang seminit update ‘Alahmdulillah. Alhamdulillah duit masuk lagi, syukur alhamdulillah’ sebenarnya bersyukur itu perbuatan yang baik, tetapi salah caranya. Jika betul hendak besyukur, solat dan buat sujud syukur. Bukan duk heboh dekat laman sosial.

4.Tunjuk kereta mahal

Tangkap gambar dalam kereta, nampak stereng sekali. Captionnya ‘teruk jam jalan hari ni’. Sebenarnya nak bagitau yang dia tengah bawa kereta mahal, orang yang ada kereta lebih mahal dari dia pun tak riak!

5.Shopping

Suka shopping lepastu ambil gambar dan update dekat laman sosial, caption pulak ‘ letih shopping hari ini, sikit-sikit je keluar duit hari ni’ tapi dalam gambar bukan main banyak barang yang dibeli. Nak berlagak pun tak payah nak menunjuk sangat kan?

6.Serba baru

Dekat nak raya ni nanti ada la yang update pasal sofa baru, langsir baru, baju baru. Sila kaga perasaan orang yang tak mampu, dah beli barang baru tu senyap saja, jangan nak heboh. Bukan semua orang nak tahu pun, menyampah ada la.

7.Muka lawa

Suka ambil gambar sendiri dan upload dekat Facebook, caption ‘ tak lawa macam makwe awak-awak semua’ tetapi sebenarnya nak orang komen pujian. Nanti kalau orang komen cakap memang tak lawa pun, marah pulak. Pelik kan!

Maka hindarilah dari bersifat riak! Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :

“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6)

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia.”

Kesimpulannya, jangan bersikap riak. Allah S.W.T melarang sesiapa yang bersifat riak. Jika selalu amalkan sikap riak ini, orang benci, dosa pun dapat. Jangan hidup hanya mengharapkan pujian semata-mata. Sebaiknya amalkan sikap rendah diri, itu lebih baik.

Larangan.

Larangan sekonkol dgn kezaliman dan seruan berjemaah menentang kezaliman

Al-Mujadilah : 22

لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْءَاخِرِ يُوَآدُّونَ مَنْ حَآدَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَوْ كَانُوٓا ءَابَآءَهُمْ أَوْ أَبْنَآءَهُمْ أَوْ إِخْوٰنَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولٰٓئِكَ كَتَبَ فِى قُلُوبِهِمُ الْإِيمٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنْهُ ۖ وَيُدْخِلُهُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَا ۚ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ أُولٰٓئِكَ حِزْبُ اللَّهِ ۚ أَلَآ إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.

Laporan.

Peristiwa ini adalah sejarah yang benar-benar berlaku. Bagi generasi lahir tahun 40an, 50an & 60an pasti tahu. Kini sebahagian mereka sudah tiada lagi.

Tetapi bagi generasi 90an kebanyakkan mereka tidak tahu atau memahami versi yang tidak tepat.
Sebab itu ada diantara mereka yang menjadi penyokong DAP dan mengecam bangsanya sendiri.

Mempelajari sejarah negara & bangsa itu sangat penting. Dari situlah terbentuknya jati diri dan menjadi iktibar.